Tuesday 3 March 2015

Classmate Si Musafir - JIM110 1A

Ini classmate si musafir. Si musafir ni entah macam mana tercampak dalam kelas JIM1101A ni dengan diorang. Tapi, si musafir sangat bersyukur dapat jadi classmate diorang ni. Diorang ni dah macam keluarga si musafir dekat UiTM ni, tanpa diorang tak meriah hidup si musafir kat sini. Mula2 si musafir kenal diorang ermm ermm rasa macam kaku seketika sebab diorang ni hyperactive sangat, entah lori gula mana la yang tumpah dekat dengan diorang. hahaha . Hari demi hari berlalu dengan pantas, sedar tak sedar si musafir dah jatuh sayang dengan mereka2 ni. Macam 2 perangai diorang ni, yang nakal tu tak usah cakap la. Kenangan yang paling seronok sekali masa , si musafir dan mereka kena buat persembahan untuk dinner IMS ( Information Management Society), ermm mula2 tu macam2 cadangan, nak buat teater bunian lah, flashmop lah, macam2. At last kami semua buat coral speaking yang bertajuk " KELAS CIKGU BAM!" bunyi macam seronok ?? ye! memang seronok sangat, bila tengok balik persembahan tu rasa sebak, terharu, seronok sangat. Kenangan yang mungkin tak akan si musafir lupa kan . Mana nak lupa, hampir setiap malam si musafir menghabiskan masa bersama mereka. Walaupun hari2 menghadap muka2 mereka ni, rasa jemu tak pernah muncul walau sebesar zarah sekalipun. Bila si musafir bersama dengan mereka, rasa tenang, rasa disayangi, rasa bahagia. Kami belajar bersama, makan bersama, pergi perpustakaan bersama, lepak bersama,buat assignment bersama, menangis berjemaah (errkkk) tidur je bilik masing2.

Si musafir berharap sangat2 yang ukhwah yang terjalin ni akan berkekalan hingga ke akhir nafas. Mereka terlalu berharga buat si musafir. Mereka ni umpama penasihat peribadi si musafir, bila sedih, gembira, sakit hati, sakit jiwa dan raga (ehhh)  Mereka terlalu AWESOME! GEMPAK! DAEBAK! yang penting mereka SWAG!! Oh lupa.. tagline kelas si musafir ni popular dengan " KELAS A SWAG!" hahaha 
*p/s: nak tengok persembahan si musafir bersama classmate tak ? check this out https://www.youtube.com/watch?v=TAxLCrwt1VU
Dah tengok jangan lupa like tau! hahaha kbai!

Kisah Bermula..

Pada 3 November 2014,
Si musafir telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UiTM Segamat, Johor dalam kursus Pengurusan Maklumat. Pengurusan maklumat?? ( garu kepala yang tak gatal) mula2 hati si musafir ni terlalu berat untuk pergi, iyelah itu bukan  kursus yang diidamkan. Tapi berbekal semangat yang berguni2 dari keluarga, si musafir mula belajar untuk menerimanya, mungkin itu adalah jalan yang terbaik untuk masa depannya.

Pada 23 November 2014,
Si musafir mula menjejakkan kaki di bumi UiTM Segamat yang dikelilingi hutan2 atau nama manjanya Kampus Simfoni Alam. Debaran kian terasa, sebak didada tidak terkata, sedih untuk berpisah jauh dari keluarga. Setibanya di UiTM, Si musafir ditempatkan di kolej kediaman B atau lebih terperinci di kolej Baiduri. Kolej kediaman B cantik! tapi!!!! jauh dari tempat makan.. Kolej Baiduri merupakan kediaman para Komander Kesatria, Suksis dan Brass band jadi suasana krikkk krikkk tu tersangatlah terserlah. Si musafir terpaksa menepuhi perjalanan yang agak memenatkan, meletihkan serta membosankan selama seminggu pertama dalam mejalani sesi orientasi yang digelar ' Minggu Destini Siswa (MDS)'. Pada mulanya ianya sangat sangat membakar jiwa raga kerana si musafir kekurangan waktu tidur, makan pun asyik nak tercekik je, "pantas siswi pantas!!" ayat yang sering digunakan oleh para Pemimpin Siswa atau dikenali sebagai 'PM' untuk menggalakkan si musafir2 yang lemah gemalai jalan berlenggang lenggok. Seminggu berlalu, berakhirlah MDS yang meninggalkan 1001 kenangan. Biasalah ayat cliche para PM "MDS batch ni paling best!" walaupun begitu tanpa akak2 & abang2 PM, si musafir mungkin akan tersesat dalam kampus ni.

Pada 30 November 2014,
Sesi kuliah si musafir bermula. Si musafir ditempatkan di kelas JIM110 1A. Kelas yang baginya sangat riuh dengan penghuninya yang semacam 7Eleven! (hahaha benda betul tau) . Si musafir seakan akan terkena 'culture shock', sudahlah dia jenis yang tidak pandai bergaul, tentu2 krikk krikk sendirian. Lama kelamaan si musafir mula menerima situasi yang berlaku di dalam kelas setiap hari, hubungan bersama 'classmate' semakin erat. Si musafir memulakan hidup yang baru bersama rakan2 yang baru. Si musafir berhajat bahawa hubungan persahabatan yang terjalin akan berkekalan selamanya. ( tak mahu perkara lama berulang lagi). Rakan2 inilah yang membuatkan si musafir kembali bangkit dari tidur yang penuh dengan mimpi ngeri.




Monday 2 March 2015

Si Musafir Dunia

Assalamualaikum dunia.. bangunlah semua.. lihatlah pada entri ni untuk mengetahui kisah tentang hidup seorang musafir dunia di bumi UiTM Segamat ini.. hehehe
okay dah kenal rupa si musafir tu kan? sekarang nak bagi tahu tentang diri si musafir tu. Nama di beri oleh bonda dan ayahanda  si musafir adalah NADZRATUN NAJWA BINTI MUHRIM ( amboi capslock rosak ke?) atau lebih dikenali atau panggilan manjanya adalah Wawa, Awa, Nadz, Atun ( panggillah mana2 yang anda suka) Si musafir itu dilahirkan pada tanggal 29 Oktober 1996 di sebuah hospital yang agak famous lah dekat selangor nun, Hospital Kajang. Seperti yang kita lihat si musafir ni, agak2 korang semua lah kan , apa yang menarik tentang diri dia ye? ha! dia ni sebenarnya ermm ermmm insan biasa je kat bumi Allah ni. Biasalah, setiap manusia mesti ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Korang mesti teruja nak nak tahu apa yang istimewa tentang diri si musafir ini kan?  ataupun tak ada sedikit pun rasa teruja, iolls je yang lebih2 err hahaha.. ok2 yang pertama sekali , si musafir ni agak pandai la duduk tolong2 bonda nya kat dapur ( ikut mood jugak, kalau malas tu.. AllahuRabbi perangai... ish3) tapi request lah spaghetti bolognese ke? cheese baked potato ke? InshaAllah hidangan itu tak akan menjemukan anda. Itu hobi si musafir pada waktu lapang, suka buat masakan barat kononnya. Selain itu, si musafir ni jugak rajin buat 'DIY craft', ade je benda2 pelik yang dia akan buat kalau tangah bosan. Tapi... sejak2 duduk dalam campus ni, segala hobi2 tersebut dah terkubur, balik cuti pun 'tak dan ' nak buat apa2 akibat dibelenggu oleh assignment yang bersepah. Si musafir ni jugak seorang yang 'friendly actually' tapi tengok jenis orang jugaklah, bukannya memilih tapi serik! (ada cerita disebaliknya) . Belum ada sesiapa yang dapat merebut title ' SAHABAT' si musafir ni, tap dia dah mula mencari dan nampak siapa bakal2 sahabat itu.

Si musafir ni paling pantang dengan orang yang tak reti menghormati, menghargai atau lebih sinonim dengan sebutan ' menepati masa'! Jadi, sesiapa yang merasakan diri dia lembab, tak pandai nak cepat atau erti kata lain yang lebih sopan 'lambat', mohon di pertimbangan jika anda ingin berurusan dengan si musafir ini. Bukan nak berlagak or else, tapi dalam situasi dunia sekarang ni, masa tu terlalu berharga untuk terbuang semata- mata nak tunggu orang yang lambat. Kalau tunggu dalam 5 minit tu boleh bawak bincang lagi, ni sampai setengah jam! ( kau ghase??) Dah tentu korang pun angin kan? Tambahan pula, si musafir ni jenis suka memendam perasan, jangan tanya kalau dia diam dengan korang tu, ha!! ada lah silap tang mana2 korang tak perasan. Biasalah, nama pun manusia, kalau tak terasa hati tu, hati batu namanya. Ada satu perangai pelik si musafir ni, ermmm pelik ke??? Dia ni lebih suka bersendirian, acah2 lonely bukan sebab sombong ke apa, terus terang lah ye, si musafir ni terlalu penakut. Penakut??! Penakut tapi suka bersendirian?? Definisi penakut tersebut membawa maksud dia amat takut jika dia akan melakukan sesuatu perkara yang akan melukakan hati orang di sekelilingnya. ermmm ermm *p/s : kalau nak diceritakan pasal si musafir ni sampai bila nak khatam.. End of story.. hahaha krikk krikk kan ending dia..

Friday 27 February 2015

Unforgettable memory with my english teacher

On April last year at 5 Cerians class.. I still remembered on that day teacher Nani (our english teacher) came in to our class for english lesson.. But on that day, teacher Nani expression unlike the usual day.. shes look so depressed and angry.. Suddenly she told us that one of our classmates have done a major mistakes.. her voice sounds like thunder and lightning.. She started blame us with the irresponsible mistake.. At the same time, we also felt angry, afraid and about to cry when teacher said she gonna do something... ( I can't describe it with word).. On that situation everybody were in silent like at the cemetery. Minds keep thinking and cursing that fellow who does that silly thing. No ones knew whom.. Then after a few minutes, she looked at us with a bright smile and laugh.. we were completely confused with teacher Nani action.. She suddenly told us that actually nobody does the major mistake and cheering 'April Fool!' to us.. Teacher!!! some of us are laughing so hard and some more are cried.. I even cried too.. Ya Allah.. I'll never ever forgot this sweet memory. Dear teacher Nani, you're damn good actress!! I miss u so much! muahhh thank you for teaching me english till I' ve got 'A' in spm and make me wrote this long essay.. I love you Teacher Rosnani Omar! you're the best teacher I ever had! xoxo *p/s sorry for my messy grammar.. As teacher Nani said " nobody perfect, learn more to improve it!"