Tuesday 3 March 2015

Kisah Bermula..

Pada 3 November 2014,
Si musafir telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UiTM Segamat, Johor dalam kursus Pengurusan Maklumat. Pengurusan maklumat?? ( garu kepala yang tak gatal) mula2 hati si musafir ni terlalu berat untuk pergi, iyelah itu bukan  kursus yang diidamkan. Tapi berbekal semangat yang berguni2 dari keluarga, si musafir mula belajar untuk menerimanya, mungkin itu adalah jalan yang terbaik untuk masa depannya.

Pada 23 November 2014,
Si musafir mula menjejakkan kaki di bumi UiTM Segamat yang dikelilingi hutan2 atau nama manjanya Kampus Simfoni Alam. Debaran kian terasa, sebak didada tidak terkata, sedih untuk berpisah jauh dari keluarga. Setibanya di UiTM, Si musafir ditempatkan di kolej kediaman B atau lebih terperinci di kolej Baiduri. Kolej kediaman B cantik! tapi!!!! jauh dari tempat makan.. Kolej Baiduri merupakan kediaman para Komander Kesatria, Suksis dan Brass band jadi suasana krikkk krikkk tu tersangatlah terserlah. Si musafir terpaksa menepuhi perjalanan yang agak memenatkan, meletihkan serta membosankan selama seminggu pertama dalam mejalani sesi orientasi yang digelar ' Minggu Destini Siswa (MDS)'. Pada mulanya ianya sangat sangat membakar jiwa raga kerana si musafir kekurangan waktu tidur, makan pun asyik nak tercekik je, "pantas siswi pantas!!" ayat yang sering digunakan oleh para Pemimpin Siswa atau dikenali sebagai 'PM' untuk menggalakkan si musafir2 yang lemah gemalai jalan berlenggang lenggok. Seminggu berlalu, berakhirlah MDS yang meninggalkan 1001 kenangan. Biasalah ayat cliche para PM "MDS batch ni paling best!" walaupun begitu tanpa akak2 & abang2 PM, si musafir mungkin akan tersesat dalam kampus ni.

Pada 30 November 2014,
Sesi kuliah si musafir bermula. Si musafir ditempatkan di kelas JIM110 1A. Kelas yang baginya sangat riuh dengan penghuninya yang semacam 7Eleven! (hahaha benda betul tau) . Si musafir seakan akan terkena 'culture shock', sudahlah dia jenis yang tidak pandai bergaul, tentu2 krikk krikk sendirian. Lama kelamaan si musafir mula menerima situasi yang berlaku di dalam kelas setiap hari, hubungan bersama 'classmate' semakin erat. Si musafir memulakan hidup yang baru bersama rakan2 yang baru. Si musafir berhajat bahawa hubungan persahabatan yang terjalin akan berkekalan selamanya. ( tak mahu perkara lama berulang lagi). Rakan2 inilah yang membuatkan si musafir kembali bangkit dari tidur yang penuh dengan mimpi ngeri.




No comments:

Post a Comment